Aida (Khairul Noormaidah Zali) Pemenang Ikon Gadis Melayu

SETELAH lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, gelaran ikon Gadis Melayu nampaknya berpihak kepada Khairul Noormaidah Zali atau mesra dengan panggilan Aida ini, yang telah berjaya memukau juri profesional dan penonton menerusi persembahan ‘dramatik’ yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, semalam. Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan juga berdasarkan undian SMS penonton.

Credit Gambar dan Berita : mStar